terma & syarat

Terma & Syarat Tempahan

Terima kasih kerana memilih bouquet handmade kami! Sila baca dan fahami terma berikut sebelum membuat tempahan.

terms & conditions

Booking Terms & Conditions

Thank you for choosing our handmade bouquets! Please read and understand the following terms before placing an order.

1. Tempahan

  • Tempahan perlu dibuat melalui WhatsApp atau saluran rasmi kami.
  • Tempahan awal amat digalakkan, terutama bagi bridal bouquet custom.
  • Tempahan hanya akan disahkan selepas bayaran deposit diterima.
  • Sila berikan maklumat lengkap seperti tarikh, warna, jenis bunga dan design pilihan (kalau ada inspo boleh hantar kepada kami).

2. Pembayaran

  • Deposit sebanyak 60% diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum produk diserahkan atau dihantar.
  • Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan tersebut.
  • Harga yang diberikan adalah berdasarkan design dan spesifikasi yang dipersetujui antara dua pihak.

3. Tempahan Custom

  • Semua bouquet adalah hasil kerja tangan (100% handmade).
  • Sedikit perbezaan dari segi warna, saiz dan susunan bunga mungkin berlaku.
  • Gambar rujukan hanya dijadikan panduan dan bukan jaminan hasil 100% sama.
  • Sebarang perubahan design tertakluk kepada persetujuan dan ketersediaan material.
  • Custom order adalah digalakkan.

4. Pembatalan & Perubahan

  • Sebarang pembatalan atau perubahan perlu dimaklumkan lebih awal (paling lewat 1 bulan awal).
  • Deposit tidak akan dikembalikan bagi pembatalan oleh pelanggan.
  • Perubahan design selepas proses pembuatan bermula tidak akan dilakukan.

5. Penghantaran

  • Caj penghantaran adalah berasingan daripada harga item handmade.
  • Penghantaran melalui courier adalah tertakluk kepada kawasan dan perkhidmatan yang tersedia.
  • Risiko kelewatan oleh pihak courier adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Self-collection boleh diatur berdasarkan persetujuan bersama.

6. Refund & Pertukaran

  • Tiada refund atau pertukaran bagi pembatalan atas sebab perubahan fikiran.
  • Sebarang kerosakan atau masalah pada produk perlu dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan berserta gambar sebagai bukti.
  • Setiap aduan akan dinilai berdasarkan keadaan kes.

7. Nota Penting

  • Setiap bouquet dihasilkan dengan teliti dan memerlukan masa untuk disiapkan.
  • Sila hormati tempoh penghasilan yang telah ditetapkan mengikut slot anda.
  • Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Terma & Syarat Tambahan

A) Perbincangan & Pengesahan Design

  1. Setiap tempahan custom akan melalui proses perbincangan design bersama pelanggan sebelum kerja penghasilan dimulakan.
  2. Setelah design akhir dipersetujui dan disahkan oleh pelanggan, perkara berikut TIDAK BOLEH diubah suai atau dibatalkan:
    • Rekaan dan jenis bunga manik.
    • Warna dan jenis manik.
    • Susunan dan kedudukan bunga.
    • Bilangan bunga dan tangkai.
    • Saiz dan bentuk bouquet.
    • Sebarang perincian lain yang telah dipersetujui.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidakpuasan hati berkaitan design yang telah diluluskan oleh pelanggan.

B) Penukaran Tarikh Majlis / Event

  1. Sebarang perubahan tarikh majlis hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 BULAN sebelum tarikh asal majlis.
  2. Penukaran tarikh hanya dibenarkan sebanyak SATU (1) KALI sahaja dan tertakluk kepada kekosongan jadual penghasilan.
  3. Sebarang permohonan penukaran tarikh kali kedua akan menyebabkan deposit terdahulu terbatal dan tidak akan dikembalikan.
  4. Pihak kami berhak menyusun semula jadual penghasilan mengikut tarikh baharu yang dipersetujui.

C) Penukaran Design Bouquet

  1. Pelanggan dibenarkan membuat SATU (1) kali perubahan design secara PERCUMA sebelum proses penghasilan bunga manik dimulakan.
  2. Sebarang perubahan design selepas proses penghasilan bermula akan dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap perubahan dan kos material.
  3. Perubahan design yang melibatkan pertukaran jenis bunga, warna manik, kuantiti atau susunan bouquet adalah tertakluk kepada penilaian pihak kami.
  4. Setelah proses penghasilan selesai, sebarang permintaan untuk mengubah design asal tidak akan diterima.

D) Tempoh Penghasilan

  1. Tempoh penghasilan bergantung kepada kerumitan design, kuantiti dan jenis bunga yang ditempah.
  2. Pelanggan dinasihatkan membuat tempahan sekurang-kurangnya 1–3 BULAN sebelum tarikh majlis.
  3. Sebarang kelewatan daripada pihak pelanggan dalam memberikan pengesahan design atau maklumat tempahan boleh menjejaskan tarikh siap produk.

E) Caj Perubahan & Tambahan

  1. Sebarang permintaan tambahan selepas pengesahan tempahan akan dikenakan caj mengikut perubahan yang diminta.
  2. Perubahan design selepas tarikh akhir yang ditetapkan boleh dikenakan caj tambahan bermula RM50 dan ke atas, bergantung kepada jenis perubahan.
  3. Sebarang kos tambahan akan dimaklumkan dan mendapat persetujuan pelanggan terlebih dahulu sebelum kerja diteruskan.

F) Hasil Kerja Handmade

  1. Setiap bunga manik dihasilkan secara manual dan memerlukan ketelitian serta masa yang mencukupi untuk penghasilannya.
  2. Perbezaan kecil dari segi susunan, bentuk dan kekemasan bunga mungkin berlaku kerana setiap produk adalah hasil kerja tangan.
  3. Gambar rujukan pelanggan akan dijadikan panduan dan hasil akhir mungkin mempunyai sedikit perbezaan daripada gambar asal.
  4. Setiap hasil kerja adalah unik dan tidak dijamin mempunyai persamaan 100% dengan produk terdahulu.

Terima kasih kerana menyokong perniagaan handmade kami! ♡

1. Orders

  • Orders must be placed via WhatsApp or our official channels.
  • Early booking is highly encouraged, especially for custom bridal bouquets.
  • Orders are only confirmed once the deposit payment has been received.
  • Please provide complete details such as the date, colours, flower types and preferred design (feel free to send us any inspo pictures).

2. Payment

  • A 60% deposit is required to confirm your order.
  • The balance must be paid before the item is handed over or shipped.
  • Deposits are non-refundable if the customer cancels the order.
  • Prices quoted are based on the design and specifications agreed by both parties.

3. Custom Orders

  • All bouquets are 100% handmade.
  • Slight differences in colour, size and flower arrangement may occur.
  • Reference pictures are used as a guide only and do not guarantee a 100% identical result.
  • Any design changes are subject to agreement and material availability.
  • Custom orders are welcome.

4. Cancellations & Changes

  • Any cancellation or change must be communicated early (at least 1 month in advance).
  • Deposits are non-refundable for cancellations made by the customer.
  • Design changes will not be made once production has started.

5. Delivery

  • Delivery charges are separate from the price of the handmade item.
  • Courier delivery is subject to the areas and services available.
  • Delays caused by the courier are beyond our control.
  • Self-collection can be arranged by mutual agreement.

6. Refunds & Exchanges

  • No refunds or exchanges for cancellations due to a change of mind.
  • Any damage or issue with the product must be reported within 24 hours of receipt, with photos as proof.
  • Each complaint will be assessed on a case-by-case basis.

7. Important Notes

  • Every bouquet is carefully handcrafted and takes time to complete.
  • Please respect the production timeline set according to your slot.
  • By placing an order, the customer is deemed to have agreed to these terms and conditions.

Additional Terms & Conditions

A) Design Discussion & Confirmation

  1. Every custom order goes through a design discussion with the customer before production begins.
  2. Once the final design has been agreed and confirmed by the customer, the following CANNOT be modified or cancelled:
    • The design and type of beaded flowers.
    • The colour and type of beads.
    • The arrangement and position of the flowers.
    • The number of flowers and stems.
    • The size and shape of the bouquet.
    • Any other details that have been agreed upon.
  3. We are not responsible for any dissatisfaction relating to a design that has been approved by the customer.

B) Change of Event Date

  1. Any change to the event date must be communicated at least 3 MONTHS before the original event date.
  2. The date may only be changed ONCE (1) and is subject to availability in our production schedule.
  3. A second date change request will void the earlier deposit, which will not be refunded.
  4. We reserve the right to rearrange the production schedule according to the newly agreed date.

C) Design Amendment

  1. Customers may make ONE (1) design change FREE OF CHARGE before production of the beaded flowers begins.
  2. Any design change after production has started will incur an additional charge depending on the extent of the change and material costs.
  3. Design changes involving the type of flowers, bead colours, quantity or bouquet arrangement are subject to our assessment.
  4. Once production is complete, requests to change the original design will not be accepted.

D) Production Timeline

  1. Production time depends on the complexity of the design, quantity and types of flowers ordered.
  2. Customers are advised to order at least 1–3 MONTHS before the event date.
  3. Any delay on the customer's part in confirming the design or providing order details may affect the completion date.

E) Additional Charges

  1. Any additional request after the order has been confirmed will be charged according to the changes requested.
  2. Design changes after the set deadline may incur an additional charge starting from RM50, depending on the type of change.
  3. Any additional cost will be communicated to and agreed by the customer before work continues.

F) Handmade Craftsmanship

  1. Every beaded flower is made by hand and requires care and sufficient time to produce.
  2. Small differences in arrangement, shape and finishing may occur as every product is handmade.
  3. Customer reference pictures are used as a guide, and the final result may differ slightly from the original picture.
  4. Every piece is unique and is not guaranteed to be 100% identical to previous products.

Thank you for supporting our handmade business! ♡